Wednesday, March 27, 2019

My Experience going to KL for a school trip (PART 2)

Ok, saya sambung balik kisah apa yang terjadi masa trip gi KL tempoh hari.
.
.
.
Day 2. Well, sembang nak stay-up malam, tup-tup pukul 11 dah KO atas katil. Tidur awal, Bangun dalam pukul 5 untuk solat subuh. Agak lambat juga azan sana. Dah terbiasa dengan azan kat Johor ni. Dalam pukul 7, kitorang gi breakfast (sesiapa yang tak paham english, ia bermaksud 'sarapan' ye.)
dekat Restoran Salor Legend. Not sure la dia dah lama bukak ataupun baru bukak sebab tengok environment dia macam baru bukak. Tapi owner cakap dah lama. Entahlah. Makan jela. Banyak songeh pulak kau ni. Nasib baik ada breakfast dalam pakej trip. Kalau tak, rabak poket makan KFC (acah-acah bangsawan).
.
.
.
Lepas makan semua tu, kitorang semua checkout hotel dalam pukul 8.30 pagi macam tu sebab nak tunggu bas sekali. Dalam pukul 9, bas dah sampai kat hotel, kitorang pun gerak ke lokasi seterusnya iaitu KL Ecoforest Park. Well plan sebenarnya sampai kat sana dalam pukul 9.30 camtula. Tup2 pukul 10 sebab yang pertama, bas 1 laju semacam sampai kitorang tercicir kat belakang. yang kedua, bas 2 tak tau baca gps. Well, last2 aku jugak yang jadi tourguide terbang kat dalam bas 2. Dia punya sesat dia tu sampai pusing dua kali kat tempat yang sama. End up lalu jalan besar and ikut signboard yang ada je. Nak tau kat mana KL Ecoforest Park tu, belakang dia Menara KLCC. Senang nak locate.
.
.
.
Second day pun dah macam camping wei. Siap hiking bagai. Some of us tak lalu ikut laluan yang cikgu lalu. Ada yang follow lalu jauh sikit (tu yang aku maksudkan hiking tu). Sebab apa aku tak follow cikgu punya jalan? Ada lalu jambatan gantung wei. Sorry to say, aku fobia dengan tinggi, so aku jadi paranoid jap bila naik jambatan tu. Sedangkan main Disco Ride pun aku menjerit, inikan pula jambatan gantung tu. Well, punyalah nak hayati keindahan yang Allah bagi, sempat juga snap gambar kat Menara KLCC. (but cikgu tak send2 lagi gambar kat sana. haih). Dah habis tu, kitorang
gerak ke Istana Negara. Alah tempat yang Pak Madey angkat sumpah jadi PM tu. Situ la. Time tu punyalah panas baq hang. Sembang kata nak snap gambar, end up duduk bawah pokok sebab takleh tahan dia punya panas tu. Dang, aku tengok temp kat fon aku, 39-40 degree celcius. Well, boleh meletup fon wei kalau lepak lama-lama kat situ. Habis snap gambar, terus rushed masuk bas. Bas sejuk sikit. Time kitorang sampai tu, sempat la tengok kuda la, pasukan kawad la. aku tak tau nak panggil dorang apa. Lantak la.
.
.
.
Perut dah lapar, terus gerak ke satu restoran yang sepatutnya tutup pada haritu tetapi dibuka untuk kitorang. Kat mana? Restoran Golden Valley, kedai makan cina muslim. Well, makanan sana sedap wei. Jujur wa kata. Berbukit masing-masing amik. Nasib baik dapat habiskan. Lauk paling femes kat situ ialah butter chicken (tah betul ke tak aku eja ni). 3 kali refill wei. Memang semua perut dah full habis, terus gerak ke Planetarium Negara. Sampai sana kena hiking lagi. Dah sampai puncak tu, ada lah sekolah lain yang datang. Tapi diorang ada tugasan, kitorang just pusing-pusing. Tengok apa yang ada. Adalah knowledge yang kitorang dapat tahu. Takkan dah datang, balik tak bawak apa-apa knowledge kot. Adalah dapat tahu macam mana astronaut solat kat space, cara dorang tidur, dapat tahu bumi tu flat ke tidak. Macam-macam lagi la. Tapi dah start bosan, kitorang terus balik bas. Thanks god la lepas kitorang dah naik bas, hujan turun. Well, risiko badan basah kene air hujan takde.
.
.
.
Masing-masing dah balik ke bas masing-masing, kitorang terus gerak ke destinasi yang terakhir, iaitu Menara Berkembar Petronas. Kalau tak tau kat mana ni, jangan duduk Malaysia. Kat situ, kebanyakkannya banyak barang perempuan (coli, make-up semua la). Lepak situ sampai pukul 6.30 petang, dapatlah beli makanan sikit makan dalam bas ke. Tapi masing2 dapat eh cari Texas Chicken la, Hokkaido la. Semua dah last-last baru berduit eh. Jam 6.30 petang, kitorang semua berkumpul kat entrance yang ada Louis Viutton (mampus ah aku tak reti eja) untuk tunggu bas sampai. Dah sampai tu kitorang gerak la balik. Sampai rumah dalam pukul 12.30 pagi macam tu sebab lepak R&R jejantas lama sangat. That's the end of the trip.

fin.

Monday, March 25, 2019

My experience going to KL for a school trip.

Ok, this is my first time going more farther than Melaka (i went for a school trip when i was 13) for a school trip. Susah eh nak typing english ni. BM jela. takut ada la yang kata aku ni lupa asal usul karang.
.
.
.
Aku tahu trip ni dari grup Ekonomi sekolah aku sedangkan kelas aku amik aliran Ekonomi, Perniagaan dengan Pertanian. Huhu rasa beruntung bila dapat daftar awal. Trip ni KRU anjurkan. (KRU stands for Kelab Rancangan Usahawan). Payment untuk trip tu hanya RM150 untuk 2D1N. Bagi aku, murah sebab dengan RM150 tu banyak tempat aku dapat pergi. Aku cerita dari mula sampai habis. Harap korang semua terhibur.
.
.
.
Pada pagi Jumaat, 22 Mac 2019, Jam 0615. Aku sampai kat sekolah dan berkumpul kat dewan. Macam biasalah. Takkan berkumpul kat tengah jalan pulak kan?.
Time ni korang boleh nampak, belum ramai lagi sampai. Nampak tak semua janji melayu.
Sembang kata datang awal, sampai pukul 6.40 pagi.
Dalam range 0630 sampai 0650, kitorang baca doa, bagi list bas berapa kitorang naik, bagi2 sarapan dan sebagainya la. Dalam jam 0655 jugak kitorang gerak. Plan 0630 gerak. Last2 gerak jam 0655. Macam biasa. Dalam bas semua tido sebab masing2 tak cukup tido. (sorry tak dapat snap gambar dorang tido sebab aku pun tido sekali HAHAHAHAHAH). dalam jam 1130 macam gitula, sampai kat Kilang Yakult kat Seremban. tak kenal Yakult? ala yang buat Vitagen tu. Kat dalam kilang tu dapat la kita tau camne bakteria apa eh nama dia. hmm. *search google sat* ha Shirota Strain nama dia. lantak ko la aku bukannya ingat sangat. Kitorang dapat tau camne air Yakult tu dihasilkan (sorry diorang xbagi snap gambar). 
Tadi nampak sikit kan. Amik kau ramai terus!
Done for the first destination, next, kitorang gi Aeon Seremban 2 untuk makan tengah hari. Sebab nak bajet, kitorang makanlah kat McD sana. Dalam jam 1245 camtu, yang lelaki Islam gi solat Jumaat. Time tu boleh pula ada yang tercicir kat belakang masa bas nak gerak, buat lawak la kau ni.
Balik lepas solat Jumaat dalam jam 1350 macam tu, sampai kat mall tadi amik budak perempuan denagn non-muslim, terus gerak ke Beryl's Cookies Factory kat Seri Kembangan. Perjalanan mengambil masa dalam stengah jam. *KALAU ADA DIKALANGAN KORANG NAK PERGI SINI, STANDBY DUIT BANYAK SIKIT SEBAB DUIT KORANG BOLEH HABIS KAT SITU JE*. Time tu sempat la ber-shopping jap. Adalah beli sikit untuk orang rumah. Lepastu dapatla tahu macam mana coklat diorang dihasilkan, sejarah company dorg, semualah. 

Next, kitorang gi Sunway Pyramid sebelum sampai di hotel. (Disclaimer. hanya bas 1 je yang pergi Sunway manakala bas 2 terus ke hotel disebabkan kepenatan.) Maka, tiada gambar yang aku dapat di Sunway Pyramid. Disebabkan bas 2 tak jadi pergi Sunway, dalam 46 min nak sampai ke hotel (Beryl's -> Hotel). Hotel yang diorang amik ialah TAZARA Hotel di I-City. some of them dapat yang dua king bed, ada dapat 1 king dgn 1 queen, ada yang dapat 1 king bed je. Biasanya yang dapat 2 king bed ni yang organize trip ni. Aku dapat bilik 207, satu king bed. 1 bilik kongsi 5/6 orang. Pergh, macam muat gile. Aku sebilik dengan sorang sebaya dengan aku dengan 3 orang form 4. Well xbosanla tido dengan diorang. Yang bestnya hotel yang kitorang amik tu berdepan dengan funfair I-City. Boleh la stay-up malam. Best gak la dorang punya game yang ada kat sana tapi punya la nak bajet, main satu game je lepas tu balik masuk bilik. Hanat tul punya game. Kalau korang jenis fobia dengan tinggi, jangan main Disco Ride. Aku masih takleh lupa apa jadi time tu. Aku jerit, semua orang pandang aku. Malu la babi. 
.
.
.
Day 1 habis. 
(Kejap lagi continue. Penat mengetaip ni)


Mufti kata HARAMKAN PUBG??

Assalamualaikum, semua. Ini adalah blog pertama saya. Harap ia berjalan dengan lancar. Harini saya nak share sikit perkara yang telah berlaku baru-baru ni. Iaitu insiden yang berlaku di Christchurch, New Zealand dan game PUBG. Ya saya tahu perkara ni dah 2 minggu berlalu. Tapi perkara ni telah membuat saya untuk menghasilkan blog ini untuk berkongsi pendapat dengan anda semua.
.
.
.
Pada 15 Mac 2019, jam 1.40 petang. Kejadian tembak-menembak di Christchurch menjadi fenomena dan dapat menarik perhatian dunia. Seorang lelaki bernama Brenton Tarrant, warga Australia telah membunuh 50 orang Muslim di 2 buah masjid di Christchurch, New Zealand sewaktu mereka menjalani ibadah solat Jumaat bagi orang Muslim.
.
.
.
Pada 17 Mac 2019, Mufti Negeri Sembilan telah mengeluarkan kenyataan tentang sebuah permainan video komputer dan telefon pintar bernama "PlayerUnknown's Battleground" atau lebih dikenali sebagai "PUBG" dan Mufti tersebut mengesa kerajaan supaya mengharamkan permainan tersebut kerana ia akan memberi kesan yang buruk terhadap anak muda pada masa akan datang. Permainan ini juga mereka kaitkan dengan insiden yang berlaku di Christchurch tempoh hari.
.
.
.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Sembilan, saya kurang setuju kerana kebanyakkan permainan video di luar sana lebih ganas dan grafik lebih realistik seperti darah nampak 'real'. Tetapi kenapa PUBG? kenapa bukan GTA? bukan Devil May Cry? bukan Mortal Kombat? Mari kita bongkarkan.
.
.
.
Game PUBG sangat terkenal di seluruh negara dan jumlah pemain dalam game tersebut telah mencecah 10 juta pemain yang aktif dan ia lebih daripada game Fortnite. Dan kepada mufti mengatakan game ini akan memberi kesan yang buruk? Ia kerana ramai anak2 muda dinegara kita telah ketagih bermain game tersebut. Bagi saya, ia tidak memberi kesan yang buruk. Malah memberi kesan yang baik. Antaranya ialah, dapat berlatih bertutur dalam apa-apa bahasa yang ada semasa bermain game seperti memberi 'command' atau menggunakan 'voicechat' untuk bercakap dengan pemain. Yang kedua, dapat berlatih membina strategi. Yang ketiga, dapat menguatkan daya ingatan dan minda dapat bertindakbalas dengan pantas.
.
.
.
Apa yang saya dapat lihat terhadap 'poll' yang telah dibuat oleh Harian Metro mengatakan 'Perlukah PUBG diharamkan di Malaysia' di laman Facebook mereka, 58 peratus daripada 'likers' mereka setuju supaya PUBG diharamkan di Malaysia. Banyak kes yang saya dapat 'catch-up' seperti suami abaikan keluarga semata-mata game PUBG, kanak-kanak menggunakan kad kredit parents tanpa pengetahuan mereka untuk membeli UC, anak muda bermain game 24/7 dan sebagainya. Tapi perkara tersebut masih boleh diatasi. Kita tak boleh mengharamkan tanpa ada sebab yang kukuh.
.
.
.
Ini nasihat saya, harap anda semua yang main PUBG ke game apa-apa sekalipun, kena pandai bahagikan masa dengan family, sekolah, dengan aktiviti riadah supaya kesihatan tak dilupakan.
Ada lagi. Kepada mak bapak yang dah kahwin tu, udah-udah la main game tu. Korang ni dah la ketua keluarga. Jangan jadi game penyebab runtuhnya rumah tangga. Dah jadi bapak tu, perangai tu ubahlah. Jangan simpan lagi perangai korang masa bujang. Okay.
.
.
.
Harap blog ni dapat mengubah persepsi masyarakat di negara kita. Anda boleh kongsi pendapat anda di ruangan comment di bawah ye. Kalau saya ada salah, saya hanya insan biasa. semua orang buat silap. Kalau ada salah, boleh share di bawah. Harap jangan dikecam. Mohon baca dan sekiranya perlu penambahan, boleh comment dibawah. Sekian, assalamualaikum.