Friday, October 16, 2020

Main Topic : Pengkritik Filem vs Penjilat Director/Pelakon vs Penonton Biasa (part 2)

 Assalamualaikum semua. Maaf ya lama sangat tak update. Dah dekat 5 bulan tak update. Dah berhabuk dah site ni. Haha. Ni saja nak update pasal post aku yg sebelum ni pasal Pengkritik Filem vs Director vs Penjilat. Ni part 2. 

.

Baru-baru ni Syahmi Sazli (youtuber) baru sahaja release filem pertamanya yang akan ditayangkan kat astrofirst pada 22 oct nanti. And keluarla satu post pasal zhaf aka Pure Pixels ada tweet mengenai promosi filem ini lagi awal berbanding promosi filem Butak. Dan tweetnya cuba untuk menganjing pihak Astro dan bagi pihak Syahmi Sazli, ia merupakan fitnah. Dan ini respon Syahmi : 




Ok. Aku continue. Dah baca kan? Bagi pendapat korang kat bawah tentang perkara ini. Lepastu pihak Zhaf ada buat satu post mengenai tweetnya yang telah diviral oleh pihak Syahmi dan apa yang aku dapat perhatikan kat ruangan komen post zhaf ni, masuklah orang yang digelar *penjilat-penjilat* dalam komen kecam dan buat body shaming terhadap dia. Mohon penjilat kat luar sana tu pikir sebelum taip ye. Kalau kau minat seseorang tu, kau jangan paksa orang minat benda yang kau minat. Cara2 penjilat buat keje la orang lagi seram nak support filem2 macam ni. Tak pikir ke?
.
Ok back to the topic, aku ada komen kat post zhaf mengenai perkara ni, and ada la seorang dua penjilat hentam aku. and ada la sorang penjilat ni up gambar channel aku kat bahagian komen lepastu buat perbezaan antara channel aku dan channel Syahmi. Bro. bro...  Gigih betul ye kau. Aku cakap based of dia punya filem bukan video youtube dia. Ada faham? Ada yang kata youtuber bawahan tak boleh beri pendapat atau kritikan tentang videonya. Wow. Sangat wow. Patutla perfileman di negara kita orang pandang rendah. Kalau mcm ni la cara orang kita, jangan harapla filem kita berada di taraf oscar.
.
Lagi sekali, kepada penjilat-penjilat di luar sana, aku nak nasihatkan korang, stop la hentam orang review filem tu. kalau dah sampah, sampah la filem tu. bukan apa. golongan macamni la cuba naikkan perfileman kita ke taraf oscar. Tolong faham. 
.
Itu sahaja post untuk kalini, saya Afieq undurkan diri dahulu. Assalamualaikum