Tuesday, March 24, 2020

Main Topic : COVID-19 vs Stupid Malaysian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada muslim dan non-muslim, yang tua mahupun yang muda. Ok. Aku nak cakap sedikit berkenaan tentang virus yang sekarang ni telah menjadi lebih teruk iaitu COVID-19. tapi aku tak mahu bahas tentang COVID-19 ni sebab ramai dah tahu virus pandemic ni. Tapi aku nak bahas tentang manusia yang tak reti bahasa, gatal bontot nak keluar rumah tanpa sebab dan degil tahap setan. WARNING : THIS POST MAY CAUSE PAKCIK MAKCIK ABANG KAKAK TRIGGERED. SESIAPA YANG BOLEH TERIMA KRITIKAN, CACIAN, MAKIAN AKU TERHADAP MANUSIA BANGANG MACAM NI, BOLEH TERUS BACA. DIPERSILAKAN.
.
Post ni aku bagi direct je kepada yang manusia bangang ni. Ok. Masih lagi aku nampak ramai manusia ni melepak, keluar bercuti, keluar tanpa hala tuju. Ok. Baru baru ni PM kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan bahawa cuti Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sampai 14 April 2020. Ok. WAHAI PAKCIK MAKCIK ABANG KAKAK SEKALIAN. TOLONG LA DENGAR KATA GOVN, ABANG POLIS DAN DOKTOR. AKU MALAS NAK KATA BANGSA APA. AKU BAGI DIRECT TERUS KEPADA SEMUA BANGSA. TIADA TERKECUALI. kepada yang patuh akan arahan govn, terima kasih aku ucapkan. kepada YANG JENIS DEGIL TAK MAU DENGAR ARAHAN GOVN, SUMPAH KORANG BANGANG, SELFISH, DAN BODOH DALAM SATU MASA YANG SAMA. PERANGAI KORANG SAMA MACAM BABI TAK BAGI SIGNAL. KEPADA YANG BERKATA KALAU AJAL DAH SAMPAI, MATI JUGAK. WOI! KALAU NAK MATI, MATI SORANG-SORANG. JANGAN NAK LIBATKAN ORANG LAIN. JANGAN DISEBABKAN KAU PUNYA PERANGAI TAHAP SIAL PUNYA ORANG, ORANG LAIN YANG TERIMA PADAHNYA.
.
SERIUS HARINI AKU ALL-OUT SEBAB AKU DAH MALAS NAK BAGI MUKA DEKAT SPESIES MACAM NI. KEPADA JEMAAH IJTIMAK TABLIGH, TOLONGLA SANGAT-SANGAT BUANG EGO KORANG. PERGI CHECK SAMA ADA KORANG POSITIF ATAU NEGATIF. JANGAN DISEBABKAN EGO KORANG, ORANG LAIN YANG KENA. NAK KE AHLI KELUARGA KAU MATI DISEBABKAN KEPUTUSAN KAU YANG BODOH TU? PIKIR BALIK. DAN KEPADA YANG CHINESE, MALAY DAN INDIAN. TOLONG LA DUDUK RUMAH JE. JANGAN NAK MELEPAK TEPI KEDAI MINUM CARLSBERG, TEH TARIK SEMUA TU. STOP LA. MACAM KORANG TAKDE TEMPAT LAIN NAK MINUM. APA GUNANYA KORANG ADA RUMAH? NAK KENA BANTAI DENGAN ASKAR KE BARU ADA AKAL?
.
BANGUN LA WEI! DAH 17 ORANG MATI DISEBABKAN COVID NI. NAK KE DALAM KALANGAN 17 ORANG MATI TU SALAH SEORANG NYA AHLI KELUARGA KAU? TAK NAK KAN? SO TOLONG. DISEBABKAN KORANG, RAMAI PENIAGA KECIL HILANG SUMBER PENDAPATAN. SO KELUARGA DORANG MAKAN APA? MAKAN PASIR? JANGAN JADI SELFISH TAHAP SIAL LA. TOLONG LA.
.
KEPADA PUAK-PUAK PANICBUYERS, KORANG BUAT APA BORONG 5 6 PEKET ROTI? BENDA TU EXPIRY DATE DIA DALAM SEMINGGU JE PALING LAMA PUN. YANG KORANG GELABAH TETEK PI BORONG SEMUA BUAT APA? ITU BUKANNYA KEPERLUAN ASAS PUN. BANYAK LAGI OPTION LAIN SEPERTI BERAS, MAKANAN DALAM TIN, DAN MAGGI. WEI, KALAU DAH DARURAT, MACAM LA ROTI TU TAHAN 3 4 MINGGU. FIKIR LA WAHAI PANICBUYERS SEKALIAN. INI DAH KIRA MEMBAZIR KORANG TAHU TAK?
.
DAN KEPADA MANUSIA YANG HASILKAN HAND SANITIZER HALAL. WHO THE FUCK INVENTED THIS SHIT? SESIAPA YANG CAYA BULAT-BULAT, NAMPAK SANGAT KORANG BODOH. SEBAB APA AKU KATA CAMTU? SEBAB KEBANYAKAN HAND SANITIZER YANG HALAL DIA TUKAR ALKOHOL DENGAN ETANOL. PADAHAL DUA BENDA TU ADALAH BENDA YANG SAMA. TAKDE BEZA PUN. KALAULAH ADA YANG BUAT HAND SANITIZER TAK LETAK ALKOHOL ATAU ETANOL, KORANG PAKAI TAK DE FUNCTION PUN BENDA TU. TAK MATI PUN VIRUS TU KAT TANGAN. KEPADA SELLER TUNGGANG AGAMA NI, HARAP2 CEPAT BERTAUBAT LA. KEPADA PEMBELI YANG BELI NATANG NI, HARAP2 JADI PENGGUNA BIJAK OK?
.
PENAT DAH MAKI ORANG MACAM NI. PENAT KAU TAHU TAK? TOLONG LA EH. KEMATIAN DISEBABKAN COVID-19 MENINGKAT TAU. TOLONG BERUBAH. NI AKU KHASKAN KEPADA SEMUA BANGSA TAK KIRA USIA, TUA KE MUDA, AKU BANTAI SEMUA. NAK MAKI BALIK, DIPERSILAKAN. NAK MEMPERBETULKAN KALAU AKU ADA SALAH TAIP ATAU INFO, SILAKAN.
.
ITU SAHAJA DARIPADA AKU. AKU AFIEQ MENGUNDUR DIRI DAHULU. ASSALAMUALAIKUM

Monday, March 23, 2020

Memories after being a student in a tuition centre.

Assalamualaikum sebagai pembuka cerita. Nama aku Afieq. Ramai panggil aku Fieq. Harini aku nak ceritakan memori aku sepanjang menjadi seorang pelajar di Pusat Bahasa Pelangi iaitu sebuah pusat tuisyen di Taman Universiti. Ok begini ceritanya.
.
At the first place, aku tak tahu kewujudan pusat tuisyen ini. Mak aku tahu daripada jiran aku yang pernah tuisyen situ dan dapat gred yang bagus. Disebabkan aku tak berapa perform dekat tuisyen lama aku itu, mak aku decide untuk daftarkan aku dekat tuisyen Pelangi. Aku terima je keputusan mak aku.
.
First day of tuition was awkward. Sumpah janggal gila. Macam biasalah. Orang yang kita baru nak kenal kan? Mana nak bergaul sangat. So, aku belajar macam biasa. Nasib baik ada budak sekolah aku dan ex-primary school student aku kat situ. so boleh la bergaul sikit-sikit. Selepas sebulan belajar dekat situ, dah start rapat dengan dorang. Kadang-kadang aku salah anggap yang some of them sombong gila nak mati. Tapi sebenarnya tidak. Diorang ok je. Kalau mintak tolong, dorang tolong. Nak bahan dorang, kene bahan balik HAHAHAHAHA. bab bahan membahan ni dah jadi makanan kitorang dekat tuisyen tu. Tapi belajar memang perform gila.
.
Sampai satu masa tu kitorang join Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh pusat tuisyen itu sendiri. Time tu jugak dah boleh tahu perangai sebenar diorang. MEMANG SPORTING GILA WA CAKAP LU! dengan cikgu-cikgu yang memang have fun join kem ini, kami pun tumpang have fun kat kem tu jugak. Ingat lagi momen yang kami semua satu dorm tak bangun solat subuh. KENA SIMBAH TEH O AIS BASI DALAM DORM. this is on top of the level punya payah nak bangun. Biasanya kene simbah dgn air kosong biasa. Ni tak. TEH O AIS BASI WEI! lepas habis solat tu kene denda jogging keliling dewan dan kata 'MAAFKAN KAMI MAAFKAN KAMI. KAMI LAMBATTTTT" sambil pegang telinga macam ketuk ketampi tetapi versi jogging. Itu satu. Yang kedua bila dalam dorm tu jugak masing2 boleh buat event karaoke la clubmalam la. Sumpah memang happening gila time tu.
.
Ok tamat kisah pasal kem itu. Sekarang cerita pasal situasi sebelum bermulanya peperiksaan yang paling besar buat kami iaitu SPM. Cikgu math kami iaitu Cikgu Khai ataupun kitorang panggil Papa Khai sebab kitorang anggap cikgu tersebut macam ayah kedua kami. Cikgu plan untuk buat kelas math overnight. Ingat lagi sekali tu sempat buat challenge makan maggi Pedas Giler dengan cikgu. Tapi time tu semua lelaki je yang join. Yang perempuan tak dibenarkan join. Cikgu rilek je makan dan kami sudah menggelupur makan sampaikan peluh kitorang pun jadi air terjun. Aku tak edit lagi sebab still mencari lagu yang sesuai untuk video itu. Tapi time tidur tu best gila. Ada sekali tu 2 orang classmate tuisyen kitorang kene jirus dengan air sebab tak bangun dari tidur walaupun dah pukul 8 pagi. Memang kelakar time tu. Sumpah.
.
Dan akhir sekali masa Solat Hajat. Time tu memang sumpah sedih sebab ye lah. Itu dah kira hari terakhir kitorang join tuisyen tu. Walaupun tak sebenarnya. Dapat dengar gelak tawa diorang sebelum tamatnya perjuangan kitorang dekat tuisyen tersebut.Ingat lagi Hakka last kitorang buat masa jamuan hari raya time tu. Tapi tuisyen tu kecik, so kitorang berhimpit la buat hakka tu. Dan serious wa kata best. Ni first pusat tuisyen yang paling best pernah aku join.
.
Dari math aku fail sampai form 5, alhamdulillah dengan berkat cikgu Khai dengan usaha aku sendiri dapat kredit dalam math SPM. Serious aku speechless gila time tu. Btw aku nak berterima kasih kepada Cikgu Khai dan Cikgu Zahir sebab telah ajar aku daripada A sampai Z.
.
Tamat sudah kisah aku mengenai pengalaman aku belajar dekat PUSAT BAHASA PELANGI di Taman Universiti. Sehingga kita berjumpa lagi. Aku, Afieq mengundur diri dahulu. Assalamualaikum

Memories after being a student in SMKMR

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara, nama aku Afieq. Orang panggil aku Fiq. Ok. Aku akan start bercerita tentang memori pahit dan manis selepas menjadi seorang pelajar di SMK Mutiara Rini. Bismillah.
.
First day of school was a normal day but it is on top of the level. You need to study harder than past years to get a good result on SPM. Ok. Perkara itu sudah menjadi perkara biasa bukan? Ok. Ini sebagai permulaan cerita aku.
.
Aku duduk kelas 5V1. Kelas yg dikatakan kelas pertengahan antara kelas atasan dan kelas bawahan.
Kelasnya dibahagi kepada 11 kelas (tak silap aku lah). Kelas aku berada pada kelas ke-6. Ok. Aku akan mula bercerita mengenai kelas 5V1. It was a class. What do you expect from 6th class? Being a smart-ass? No.
.
Sumpah aku kata aku rasa macam disisih daripada kelas yang aku duduk tahun lepas daripada tahun2 sebelum ini. Sebab apa aku kata macam itu? Sebab geng perempuan melayu terakhir duduk satu kumpulan. geng lelaki melayu terakhir duduk satu geng, yang indian dan chinese sama macam yang aku nyatakan tadi. So, aku duduk seorang didalam kelas. Ada pun tablemate aku pun minta aku pindah tempat. Idk why everyone is not comfortable to be friends with me at the first place. Maybe aku kurang bercakap tapi that is an introvert will do. No one will help me with my homework, my studies and everything la senang cerita.
.
Takpelah. Benda pun dah lepas. Buat apa dikenang. Dan itu merupakan perkara pahit yang pernah aku lalui sepanjang menjadi pelajar Form 5 di kelas tersebut. And now aku start cerita perkara yang manis sepanjang aku belajar dekat sana.
.
Ok. This is it. Benda yang aku suka bercerita. Yang paling aku tak boleh lupa masa hari guru. Yang kami semua budak Form 5 plan membuat sebuah persembahan gimik rusuhan bermotor. YAAAA!!!
dan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun ada motor member tayar gelong sebab langgar tiang. HAHAHAHAAHAH. Time tu jugak masing2 tunjuk machine dorang. Sumpah time tu dewan sekolah bising gila dengan ekzos open dorang. Walaupun ada pihak tidak suka akan plan kami, takpe. Kami terima segala tomahan dan kritikan daripada segelintir guru dan netizen. Yang seterusnya ialah semasa aku sertai Trip ke Kuala Lumpur. Ok trip ini THE BEST OF THE BEST. sebab apa? siapa yang join bas 2 memang best. Orang yang kita tak kenal pun boleh masuk air sekali masa tu. Karaoke ramai2 dalam bas, jadi tour guide tak bertauliah. dan sebagainya. Ingat lagi bas 2 tercicir sebab bas 1 terlalu laju. Sempat jugak kami semua pusing satu KL cari tempat yang dituju. Last2 aku jadi tour guide, tukang tunjuk jalan dan sebagainya. Walaupun kami tidak dapat pergi Sunway Pyramid, kitorang dapat chop bilik dan katil kitorang dulu. HAHAHAHAHA. Memang tak boleh lupa momen tu.
.
Ok buat masa ini, cerita ni je yang ada dalam kepala otak aku. Apa-apa cerita aku akan share sini. Saya Afieq mengundur diri dulu. Assalamualaikum.