Monday, March 23, 2020

Memories after being a student in a tuition centre.

Assalamualaikum sebagai pembuka cerita. Nama aku Afieq. Ramai panggil aku Fieq. Harini aku nak ceritakan memori aku sepanjang menjadi seorang pelajar di Pusat Bahasa Pelangi iaitu sebuah pusat tuisyen di Taman Universiti. Ok begini ceritanya.
.
At the first place, aku tak tahu kewujudan pusat tuisyen ini. Mak aku tahu daripada jiran aku yang pernah tuisyen situ dan dapat gred yang bagus. Disebabkan aku tak berapa perform dekat tuisyen lama aku itu, mak aku decide untuk daftarkan aku dekat tuisyen Pelangi. Aku terima je keputusan mak aku.
.
First day of tuition was awkward. Sumpah janggal gila. Macam biasalah. Orang yang kita baru nak kenal kan? Mana nak bergaul sangat. So, aku belajar macam biasa. Nasib baik ada budak sekolah aku dan ex-primary school student aku kat situ. so boleh la bergaul sikit-sikit. Selepas sebulan belajar dekat situ, dah start rapat dengan dorang. Kadang-kadang aku salah anggap yang some of them sombong gila nak mati. Tapi sebenarnya tidak. Diorang ok je. Kalau mintak tolong, dorang tolong. Nak bahan dorang, kene bahan balik HAHAHAHAHA. bab bahan membahan ni dah jadi makanan kitorang dekat tuisyen tu. Tapi belajar memang perform gila.
.
Sampai satu masa tu kitorang join Kem Jati Diri yang dianjurkan oleh pusat tuisyen itu sendiri. Time tu jugak dah boleh tahu perangai sebenar diorang. MEMANG SPORTING GILA WA CAKAP LU! dengan cikgu-cikgu yang memang have fun join kem ini, kami pun tumpang have fun kat kem tu jugak. Ingat lagi momen yang kami semua satu dorm tak bangun solat subuh. KENA SIMBAH TEH O AIS BASI DALAM DORM. this is on top of the level punya payah nak bangun. Biasanya kene simbah dgn air kosong biasa. Ni tak. TEH O AIS BASI WEI! lepas habis solat tu kene denda jogging keliling dewan dan kata 'MAAFKAN KAMI MAAFKAN KAMI. KAMI LAMBATTTTT" sambil pegang telinga macam ketuk ketampi tetapi versi jogging. Itu satu. Yang kedua bila dalam dorm tu jugak masing2 boleh buat event karaoke la clubmalam la. Sumpah memang happening gila time tu.
.
Ok tamat kisah pasal kem itu. Sekarang cerita pasal situasi sebelum bermulanya peperiksaan yang paling besar buat kami iaitu SPM. Cikgu math kami iaitu Cikgu Khai ataupun kitorang panggil Papa Khai sebab kitorang anggap cikgu tersebut macam ayah kedua kami. Cikgu plan untuk buat kelas math overnight. Ingat lagi sekali tu sempat buat challenge makan maggi Pedas Giler dengan cikgu. Tapi time tu semua lelaki je yang join. Yang perempuan tak dibenarkan join. Cikgu rilek je makan dan kami sudah menggelupur makan sampaikan peluh kitorang pun jadi air terjun. Aku tak edit lagi sebab still mencari lagu yang sesuai untuk video itu. Tapi time tidur tu best gila. Ada sekali tu 2 orang classmate tuisyen kitorang kene jirus dengan air sebab tak bangun dari tidur walaupun dah pukul 8 pagi. Memang kelakar time tu. Sumpah.
.
Dan akhir sekali masa Solat Hajat. Time tu memang sumpah sedih sebab ye lah. Itu dah kira hari terakhir kitorang join tuisyen tu. Walaupun tak sebenarnya. Dapat dengar gelak tawa diorang sebelum tamatnya perjuangan kitorang dekat tuisyen tersebut.Ingat lagi Hakka last kitorang buat masa jamuan hari raya time tu. Tapi tuisyen tu kecik, so kitorang berhimpit la buat hakka tu. Dan serious wa kata best. Ni first pusat tuisyen yang paling best pernah aku join.
.
Dari math aku fail sampai form 5, alhamdulillah dengan berkat cikgu Khai dengan usaha aku sendiri dapat kredit dalam math SPM. Serious aku speechless gila time tu. Btw aku nak berterima kasih kepada Cikgu Khai dan Cikgu Zahir sebab telah ajar aku daripada A sampai Z.
.
Tamat sudah kisah aku mengenai pengalaman aku belajar dekat PUSAT BAHASA PELANGI di Taman Universiti. Sehingga kita berjumpa lagi. Aku, Afieq mengundur diri dahulu. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment