Monday, May 11, 2020

Main Topic : Pengkritik Filem vs Director Filem vs Penjilat

Assalamualaikum semua. Lama betul aku tak update. Dah sebulan tak update apa-apa. Haha. Kalini topik yang aku nak ceritakan harini ialah sepertimana yang korang boleh lihat kat tajuk post ni. Ok. Sebelum tu aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua umat Islam yang ada diluar sana.
.
Baru-baru ni, aku ada tengok satu filem review dekat youtube iaitu review filem Manap Karaoke yang direview dan diupload oleh Zhaf di channel Pure Pixels. Ok. First of all, aku memang dah lama followup channel dia sejak review filem Badang lagi (ternyata filem tu memang sampah). Comment section dekat video tersebut sangatlah penuh dengan penjilat-penjilat MK (Mamat Khalid). Dan ada satu post yang dibuat oleh tuan MK ini yang menyatakan ada lagi satu pengkritik filem mengkritik filem arahan beliau baru-baru ini dan dia terkesan dan tak puas hati la katakan. Sape yang follow aku kat Personal FB aku, boleh perasan aku ada share post tu. Dan ada lagi post pasal pengkritik filem yang aku katakan tadi dan ramai betul jilat MKdan menghina lagi pengkritik filem macam ni.




.
Aku bukan nak backup ke apa. Tapi bagusnya jugak wujudnya pengkritik filem macamni. Sebab apa? Sebab kebanyakkan director tempatan jenis tak makan diajar (Tak semua, kebanyakkan.). Buat filem yang sama berulang-ulang kali seperti drama TV3 sampaikan penonton rasa muak dan tak suka support filem tempatan. Tapi mostly filem reviewer yang ada dekat malaysia ni bukan sahaja kritik filem-filem macamni, malah membantu kami sebagai rakyat marhaen untuk jimatkan duit kami daripada labur dekat filem-filem sampah macamni.. Lagipun mostly pengkritik filem tempatan seperti yang dinyatakan, dorang hanya review sebagai penonton biasa, dan pendapat dorang juga as penonton biasa juga.
.
Tak semestinya pengkritik filem perlu ada jurusan filem, jurusan menulis skrip dan jurusan yang berkaitan dengan perfileman ni. Tak semestinya pengkritik filem ni juga perlu menghasilkan sebuah filem. Ada je pengkritik filem international seperti Rotten Tomatoes, Common Sense Media dan iMDB. Ada juga pengkritik filem tempatan seperti Pure Pixels, Tellygeram, Balenciazril dan ramai lagi. Ada sebabnya pengkritik filem perlu men-sampah-kan filem-filem macamni. Kalau korang semua perhatikan sekarang ni, kualiti filem tempatan pada zaman sekarang ni semakin lama semakin merudum. So, dengan cara ini la pengkritik filem perlu men-sampah-kan filem-filem macamni untuk mengelakkan filem-filem macamni keluar panggung or keluar astrofirst untuk mengelakkan orang luar "chop" filem yang kita produce ni filem sampah.
.
Kepada penjilat diluar sana, janganlah korang membabi buta sokong director macamni. Tak professional. Yes i admit filem Mamat Khalid ni best tapi tu dulu. Buat filem ni ada pros dan cons dia. Kadang2 cons dia lebih daripada yang pros, Jangan korang menyesal dikemudian hari. Aku tak berniat nak kutuk MK tapi disebabkan cara dia balas baru-baru ni yang agak tak professional, aku terpaksa bersuara.
.
Kepada director filem diluar sana. Tolong sangat-sangat produce filem yang berkualiti. Jangan asyik cinta, komedi hambar, seram yang tak jadi, dan aksi yang pelakon nya kayu. Tolong sangat-sangat.
.
Kepada director yang berjaya tembus ke pasaran dunia dan berjaya menghasilkan filem yang berkualiti, teruskan usaha anda. Kami akan sokong anda 100%.
.
Itu sahaja post untuk kalini. Saya Afieq mengundur diri dahulu. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment