Tuesday, April 7, 2020

Dulu vs Sekarang

Assalamualaikum semua. Harini aku nak share kisah hidup aku sepanjang aku bersekolah sampai habis SPM. Tujuan aku untuk sharekan cerita ini kepada semua orang kerana masih ada lagi manusia seperti aku yang dulu. Iaitu pendendam, penghasut, jenis tak puas hati dengan orang, suka buruk sangka dan jenis busuk hati. Ye. Dulu memang aku macam tu. Kisahnya bermula sejak aku Form 3.
.
Ok skrg aku nak start cerita. Masa form 3 aku rapat gila dengan classmate aku. Sampai nak lepak pun sama-sama (ok tu mungkin tak kot) tapi kalau bab2 renovate class, join pertandingan sekolah memang tak sah kalau kami tak join. Tetapi apabila seorang classmate aku dari kelas atas turun ke kelas aku, vibe dia dah tak sama lagi. Sorang demi sorang abaikan aku. Bila aku mintak tolong, masing2 elakkan diri dorang. Yelah masing2 dah start rapat dgn classmate baru tu (aku taknak la mention siapa asalkan dapat gambaran sudah). Start dari situ aku jadi macam tak puas hati dan start buruk sangka dekat orang. Yelah siapa yang tak sedih bila seorang pergi yang lain ikut sekali (aku tak tau la ayat tu betul ke tak tp buat2 betul jela). Macam-macam aku buat. Hasut orang lain supaya rapat dgn aku je bukan dia, kalau dia buat salah, pulaukan dia, macam-macam ah.
.
Start masuk form 4, budak tu dari class bawah naik ke class aku. Aku macam ingat dah bebas dah takde dia. Tapi tak. Otak aku asyik je terpikir kenapa dia naik ke class aku. Takde class lain ke yang kau nak pergi? So, aku macam fuck it, member dgn dia ah. Yes aku cuba rapat dengan dia time form 4. Dia ok je. So, borak la macam biasa. borak pasal motor, pasal game. Banyak ah.
.
Masuk sahaja form 5, perangai dia dah start berubah after balik umrah. And perangai dia sebijik macam aku yang dulu. Yes tetapi lagi teruk actually. Sebab apa aku kata perangai dia sebijik macam aku yang dulu tapi lagi teruk? Sebab dia libatkan cikgu, dia libatkan parents dia and so on la. Tapi aku taknak sentuh la pasal parents dia sebab itu hal rumah tangga dia. So pi lantak ah hal dia dgn parents dia. Disebabkan dia, almost the whole class ignored me almost like a year. Aku mintak tolong dorang tak bantu (tak semua la, tapi kebanyakkan) and start dari situ most of my classmate duduk ikut puak masing2. yang india duduk dengan geng2 india. yang melayu duduk dengan geng2 melayu dan yang cina duduk dengan geng2 cina. Yes classmate aku masa form 5 agak RACIST ye. Last2 aku duduk seorang kat tepi. sampaikan cikgu pun kesian tengok aku. yes siapa tak sedih tengok aku duduk sorang2 kat tepi (tapi kalau classmate aku dorang mana kesah). And dari situ jugak aku dapat belajar dari kesilapan aku yang dulu. Then aku cuba buang aku punya sifat2 keji aku yang dulu kerana kifarah itu benar.
.
After SPM, well member2 yang aku rapat dulu dah start rapat balik and tinggalkan classmate aku yang durjana itu. Well ada sebab dorang tinggal dia. Bukan aku yang hasut ye. Btw, aku nak ucapkan terima kasih kepada member2 aku yang sekarang ni rapat dengan aku kerana korang dah basuh aku elok2 supaya aku sedar dengan kesilapan aku yang dulu. Sekarang ni aku cuba menjadi positif dan lebih open-minded. Doakan aku dapat buang sikap aku yang dulu ye gais!
.
Ok itu sahaja cerita aku untuk aku ini. Aku Afieq undur diri dahulu. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment