Wednesday, April 1, 2020

Main Topic : COVID-19 vs Shit Artist Attitude

Assalamualaikum semua. Kalini aku ada topik sikit memandangkan perkara ni dah naik dan sudah menjadi perbualan hangat diantara netizen di Malaysia ini, aku ingin memberi pandangan terhadap cadangan yang dibuat oleh Persatuan Seniman Malaysia dan sikap artis Malaysia baru-baru ini. Ini hanyalah sekadar pandangan daripada aku. Sekiranya tidak bersetuju, sila komen dibawah tentang pandangan pembaca pula. Sharing is caring.
.
First aku nak berikan pandangan aku tentang cadangan yang dibuat oleh pihak Seniman itu sendiri. Maaf aku kata tetapi SANGAT TAK MASUK AKAL. mana tak nya diminta e-wallet rm500 sampai rm1000, bantuan kewangan rm1000 setiap bulan bagi 6 bulan, bantuan perubatan covid-19 disetiap hospital kerajaan dan SWASTA. ya SWASTA. dan baucar pembelian barang keperluan di mana-mana pasaraya. Come on Seniman. Dah sah-sah tak masuk akal cadangan korang tu. Dan maaf aku kata ye tetapi aku nak tanya apa sumbangan kau terhadap negara sedangkan golongan yang bekerja sebagai frontliner punya bantuan tidaklah sebanyak itu. Adakah kamu semua ini sudah buntu? nak hidup senang? adakah kamu semua mengambil kesempatan? Tolonglah jangan kusutkan kepala PM kami dengan cadangan kamu semua yang tidak masuk akal tu. Sekiranya ingin bantuan, kamu, golongan Seniman perlu membantu sesama sendiri bukan meminta kepada kerajaan yang sedang dalam kesusahan sekarang ini. Sekiranya mahukan bantuan juga, mohon dari kerajaan sahaja seperti rakyat biasa. Jangan nak mengada-ngada.
.
Next, aku nak berikan pandangan terhadap sikap artis Malaysia baru-baru ini. Baru-baru ini ada satu group telegram yang telah dihasilkan oleh Presiden Seniman untuk membuat perbincangan tentang cadangan yang dibuat tempoh hari. Dan group itu telah disalahguna oleh artis-artis yang didaftar bawah Seniman iaitu membuat kutukan, hinaan, makian dan sebagainya. Dan sebelum ini juga ada seorang pelakon perempuan iaitu Zarina Anjoulie membuat satu video di IG beliau mengenai artis sekarang ini tidak pandai berjimat dan buat-buat kaya dan video tersebut telah tular disetiap media sosial. Dan Fauziah Ahmad Daud (Ogy Ahmad Daud) telah menghina Netizen yang mengatakan netizen IQ rendah, otak lembu. dan seorang lagi artis iaitu Amyza Aznan telah memerli golongan frontliner. dan seorang lagi artis iaitu Emelda Rosemilla telah membuat satu statement berbaur sindiran terhadap PM kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan beliau merupakan bapa kami. Sini aku nak nasihatkan kepada artis-artis yang tidak sedar diri ini. TANPA NETIZEN, korang takkan jejak dimana korang berada. TANPA NETIZEN, korang takkan dapat apa yang korang dapat sekarang ini. Ingat kata-kata ini. Maaf aku kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Disebabkan kamu yang tidak sedar diri, kami takkan sokong kamu semua lagi. Mark my word.
.
Kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi. Mohon letak jawatan. Aku dah boleh nampak kau macam lembu dicucuk hidung. Tetapi cepat koyak. Dengar cerita korang semua mahu failkan saman terhadap Zarina Anjoulie. Aku nak bagitahu satu perkara ini. Tolong jangan serabutkan otak abang-abang polis yang menghadapi masalah tentang COVID-19 ini. Tolong.
.
Itu sahaja daripada saya. Aku Afieq undurkan diri dahulu. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment