Wednesday, April 1, 2020

Pengalaman dapat diinterview oleh GamerMalaya

Assalamualaikum semua. Cerita kalini aku tak mahu buka cerita pasal isu-isu semasa. Penat tau wak. Kasi aku rehat sat.
.
Ok tadi aku saja je search nama aku (Afieqzz) kat google. Saja suka-suka sebab bosan kan cuti ni. Atleast aku ada masa untuk mengetaip benda ni. Tetiba keluar post pasal aku dekat satu website iaitu GamerMatters (sebelum ni nama dia GamerMalaya). dan post tu jugak aku ditemubual oleh reporter dari website tersebut. Ok aku cerita macam mana aku dapat ditemubual oleh pihak berkenaan.
.
Aku sebenarnya dapat Award Gamers of the Week di sebuah website iaitu Fundeavour. Dulu memang website ni hit sebab selalu dapat barang free seperti headset, keyboard dengan steam wallet. Time tu juga dapat mesej daripada pihak GamerMalaya untuk ditemubual. Time tu aku buntu sebab yela first time dapat interview kan? Sape tak buntu nak cerita pasal apa kan? Last2 aku cerita pasal pendapat aku tentang orang yang main game ni tiada masa depan. Tup2 dorang mintak send gambar aku. Fuh time tu dah la takde orang nak mintak tolong tangkap gambar, baju pun xtau nak pakai apa, background pun xtau mana yang lawa. Last2 baju pagoda dengan background dinding living room aku tibai. Haha.
.
Fyi, time tu aku baru form 3 tau. FORM 3. tapi ramai anggap aku ni dah umur 20 haha. Yelah. Dah dilahirkan besar. bukan besar dari segi perut je. besar dari segi badan. Sesiapa yang nak baca, boleh la klik link ini.
.
Tamat interview tu memang aku macam facepalm gila sebab hantar gambar aku tu Haha. Sape yang tak malu time tu. Baju pagoda kot. Nampak macam dah tua dah. Haha. Tapi aku bangga time tu ramai sependapat dengan aku. Rasa bangga ada, rasa nak lompat gi bulan pun ada. Haha.
.
Itu je aku nak cerita buat masa ni. Saya afieq mengundur diri dahulu. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment